Sunday, September 30, 2007

PLEASE LET US SHOW YOU WHAT THE REAL PGCC PROJECT IS ALL ABOUT

Satu lagi projek yang membebankan dan tidak berfaedah kepada penduduk Penang dilancarkan. PGCC telah menjadi satu tanda soal yang besar dalam hati mereka yang pertama kali mendengar projek ini. Ini adalah kerana dalam ingatan kita semua selain PGCC di Penang masih ada PORR yang sekali lagi disebutkan dalam Rancangan Malaysia Ke-9 oleh YAB Perdana Menteri.

Poster yang digunakan sebagai pengenalan cuma menunjukkan sebahagian daripada projek ini. Di mana tempat ini di Bukit Gantung akan dilancarkan pembinaan sebanyak 40 bangunan dan hampir kesemuanya setinggi 40 tingkat! Apa yang ditunjukkan dalam poster cuma 2 bangunan di antaranya.

Projek ini akan mmbawa perubahan pesat kepada social masyarakat, budaya dan kehidupan seharian kita. Namun ia dijalankan tanpa pengetahuan penduduk.

Adakah ini satu lagi projek yang medapat kelulusan dengan menggunakan kewangan, kuasa dan perhubungan! Kita berasa sangat tidak puas hati kerana pembinaan yang tidak terancang.

Sepatutnya satu Public Consultation diadakan dan semua penduduk mempunyai peluang untuk mendapat maklumat yang lengkap paling penting peluang untuk berkata "TIDAK!"

Terdapat 11 soalan yang hendaklah dijawab:
1. Mengapakan tempat persiaran yang dalam pelan tiba tiba menjadi tempat pelancaran PGCC?

2. Pada tahun 1930 tanah yang tidak bernilai menjadi tanah yang tidak ternilai (250 billion ringgit Malaysia)

3. Sekiranya Kelab lumba kuda ingin berpindah mengapa kerajaan negeri tidak mendapat "first right of refusal"

4. Sekiranya pembinaan diteruskan dengan 40 bangunan, bagaimanakah setiap bangunan ini mendapat tempat yang secukupnya dengan tanah yang menjadi sasaran?

5. Mengapakah perdana menteri boleh melancarkan projek ini sebelum Kerajaan Negeri meluluskannya?

6. Penduduk Penang menghadapi kesesakan jalan raya, dengan projek ini dimana pembinaan jalan raya dan terowong di jalan Scotland adakah masalah ini dapat diselesaikan.

7. Pihak berkenaan telahpun mengakui bahawa sistem jalan raya yang baru hanya akan dilaksanakan selepas pelaksanaan PORR dan mengapakah projek ini dilancarkan sebelum PORR?

8. Di manakah report berkenaan dengan alam sekitar (DEIA)? Mengapakah report preliminary yang berkenaan dengan alam boleh diperolehi dalam masa yang begitu singkat.

9. Dengan kekosongan tempat berniaga yang dalam sekitar 100juta meter persegi, adakah Penang perlukan projek "pembangunan" ini?

10. Bangunan yang lebih rendah dan yang lebih mesra alam mengapa tidak dijadikan pilihan?


11. Adakah penduduk Penang mahukan projek yang akan merosakkan Penang yang kita ada sekarang?


No comments: