Garis Panduan kepada sesiapa yang dipanggil bantu siasat oleh polis:
Ø Kalau dipanggil oleh polis untuk membantu siasat, sila dapatkan kawan atau saudara mara untuk pergi bersama-sama dan elakkan daripada pergi bersendirian.
Ø Kalau polis tanya soalan kepada kamu, sila balas dengan sopan: adakah keterangan saya diambil sekarang? statement yang diambil ialah statement 112 atau statement 111?
Hanya jawab soalan polis apabila polis mengambil statement 112.
Ø Polis akan mulakan pengambilan statement dengan arahan memberi keterangan (lebih kurang):
1. segala jawapan kamu mesti benar
2. kamu boleh menjawab “tidak mahu jawab” kalau jawapan anda kemungkinan akan menyebabkan kamu dituduh atau didakwa
Ø Seterusnya pengawai polis tersebut akan tanya sedikit maklumat peribadi dan mula dengan soalan. Kamu diberikan hak untuk menjawab: “saya tidak mahu menjawab”.
No comments:
Post a Comment