MPPP Councillor Lim Kah Cheng has registered her objection to the Penang state government’s decision to raise the permissible density for property development. She made these remarks during an adjournment address on 25 September 2009:
Saya ingin merakamkan bantahan saya terhadap keputusan baru Kerajaan Negeri untuk menaikan kepadatan pembangunan di Pulau Pinang. Keputusan ini tidak mampan dan akan menjejaskan kesejahteraan rakyat Pulau Pinang dan akan menakibatkan persekitaran kita merosot. Infrastruktur kita yang berada masa sekarang memang tidak mencukupi dan tidak boleh menyokong kepadatan yang lebih tinggi. Rakyat Pulau Pinang sekarang menghadapi keseksakan jalan, banjir, pencemaran, krisis pengumpulan sisa pepejal dan kekurangan kemudahan kemudahan sosial seperti Tadika, Taska dan sekolah sekolah dan penagkutan awam yang efficien. Kualiti kehidupan rakyat Pulau Pinang akan merosot dengan keputusan yang di buat tanpa mendapatkan pandangan pandangan semua stakeholders di negeri ini.
Tujuan meninggikan kepadatan nisbah plot untuk membina lebih unit perumahan untuk menarik golongan professional muda memilih Pulau Pinang sebagai destinasi yang pertama tidak akan berjaya jika kualiti kehidupan rakyat Pulau Pinang merosot dengan kenaikan kepadatan nisbah plot. Pulau Pinang tidak kekurangan unit unit kediaman pelbagai kategori dan kos pembangunan boleh di kawal dengan kaji semula garis panduan yang berada dari segi keperluan keperluan yang lain seperti keperluan menyediakan tapak penjaja dan ruang ibadat. Saya ingin bercadang lagi sekali supaya garis panduan yang ada sekarang di kaji semula dengan keseluruhan nya dan keputusan mengenai garis panduan tidak patut dibuat secara ad hoc.
Garis panduan pembangunan perlu di “updated” supaya dijadikan relevan untuk masa ini dan mengandungi ciri ciri hijau. Pulau Pinang tidak boleh mengasingkan diri daripada akibat “global warming”. Kita perlu mengambil langkah langkah yang sewajarnya untuk mengurangkan global warming. Keperluan keperluan seperti pengumpulan air hujan untuk kegunaaan semula, cara cara mengurangkan kegunaan tenaga elektrik, penyediaan tempat dan tong sampah kitar semula di setiap rumah pangsa dan kegunaan reka bentuk bangunan yang manpan patut dipakai dalam garis panduan .
Garis panduan kita mesti bertujuan untuk memastikan pemajuan yang dilaksanakan adalah ke arah penyediaan perumahan yang berkualiti dan memenuhi prinsip prinsip perumahan yang kondusif bagi mewujudkan persekitaran kehidupan yang sejahtera. Kehidupan yang sejahtera tidak akan di capai dengan meninggikan kepadatan pembangunan.
Saya ingin memohon Kerajaan Negeri mengkaji semula keputusannya mengenai kepadatan nisbah plot. Saya juga ingin merayu supaya Kerajaan Negeri mengambil langkah langkah dengan secepat mungkin untuk membentangkan draf Rancang Tempatan yang telah disediakan dan telah di lulus oleh MPPP untuk peperiksaan awam dan mendapat maklum balas daripada semua lapisan masyarakat dan bukan daripada satu golongan sahaja.
No comments:
Post a Comment