Monday, March 27, 2006

Pekerja Hotel Mutiara Berpiket Menuntut Hak Bekerja






Pekerja Hotel Mutiara Berpiket Menuntut Hak Bekerja

2006/3/27

28 Mac 2006, adalah hari terakhir pekerja Hotel Mutiara bekerja. Selepas itu, nasib mereka tidak menentu. Sejak 24 Mac, setiap petang kelihatan ramai orang berhimpun dan kedengaran pukulan gendang di tepi jalanraya menuju ke pekan Teluk Bahang. Nampaknya mereka sedang berpesta, tetapi suasana langsung tidak menggembirakan. Pekerja-pekerja Hotel Mutiara berpiket menuntut hak untuk bekerja.

Latar Belakang

Kesatuan Sekerja Hotel Mutiara telah menandatangani Perjanjian Kolektif yang baru dengan pihak majikan pada 11 Januari 2006. Semasa perjanjian tersebut dibuat, pihak pekerja langsung tidak diberitahu bahawa hotel akan menjalani pengubahsuaian.

Tetapi pada 23 Januari 2006, pihak pengurusan Hotel Mutiara telah meneluarkan surat menyatakan bahawa hotel akan tutup selama 18 bulan, demi menjalani proses pengubahsuaian untuk peningkatan taraf. Pihak pengurusan menyatakan hanya akan berbincang dengan pekerja-pekerja selepas Tahun Baru Cina, iaitu pada 3 Februari. Tetapi mesyuarat tersebut telahpun dibatalkan.

Satu mesyuarat di antara pihak pekerja dengan pihak pengurusan hotel telah diadakan pada 20 Mac, untuk membincangkan tentang isu kedudukan pekerja semasa tempoh pengubahsuaian hotel. Tetapi pada hari yang sama, pihak pengurusan telah mengeluarkan surat pemberhentian kerja kepada semua kakitangan hotel!

Lebih kurang 400 orang pekerja akan diberhentikan kerja mulai 29 Mac 2006. Notis hanya diberikan dalam tempoh masa satu minggu. Jelas ini menunjukkan pemberhentian kerja adalah niat buruk pihak pengurusan hotel. Majikan Hotel Mutiara, Tradewinds Hotels and Resorts Sdn Bhd, telah menipu Kesatuan Sekerja semasa membuat perjanjian kolektif, supaya perjanjian tersebut tidak memasukkan syarat-syarat mengenai pemberhentian operasi hotel untuk sementara semasa pengubahsuaian.


Pekerja menuntut untuk terus bekerja

Walaupun pihak majikan berkata akan memberi pampasan kepada pekerja, tetapi cara majikan hotel memberhentikan pekerja adalah satu penindasan dan penipuan, dengan hanya memberitahu dalam masa satu minggu.

Kebanyakan pekerja Hotel Mutiara adalah pasangan suami isteri yang tinggal di kampung-kampung sekitar Teluk Bahang, iaitu di mana Hotel Mutiara teretak. Kehilangan kerja bermaksud kedua-dua sumber pendapatan untuk keluarga ini akan hilang pada masa yang sama.

Pihak majikan Hotel Mutiara tidak ingin mengambil balik pekerja-pekerja yang sedia ada, selepas proses pengubahsuaian siap dan dibuka semula. Majikan hanya berminat untuk mengupah pekerja baru, dan ada juga khabar angina mengatakan majikan lebih cenderung untuk ambil pekerja asing yang bergaji jauh lebih rendah dan lebih senang untuk dieksploitasi. Pemilik Hotel Mutiara, adalah Tradewinds Hotels and Resorts Sdn Bhd, salah sebuah anak syarikat Tradewinds Corporation (sebelum ini dikenali sebagai Pernas International Holdings Berhad ), yang merupakan salah satu pemilik hotel yang terbesar di Malaysia. Mengapa syarikat yang mengaut keuntungan besar daripada rantai hotel di Malaysia ini tidak sanggup melindungi hak dan kebajikan pekerjanya?

Mengikut Abu Mohd bin Abu Baidah, pengerusi cawangan Pulau Pinang Kesatuan Kebangsaan Pekerja-pekerja Hotel, Bar & Restoran Semenanjung Malaysia, semasa Hotel Mutiara Kuala Lumpur, yang di bawah majikan yang sama menjalani pengubahsuaian, pekerja-pekerja diberi pemberhentian sementara, tetapi dengan pembayaran gai pokok semasa tempoh pemberhentian. Semua pekerja kembali bekerja apabila hotel tersebut dibuka semula. Persoalannya, mengapa Hotel Mutiara Pulau Pinang tidak dapat berbuat demikian dan terus memberhentikan langsung semua pekerja?

Bagi pekerja-pekerja di hotel, gaji pokok mereka amat rendah, dan biasanya bergantung pada caj perkhidmatan untuk mengisi pendapatan supaya cukup untuk menampung kehidupan. Pendapatan daripada caj perkhidmatan adalah tidak menentu bergantung pada bisnes hotel. Sekiranya bisnes hotel jatuh, seperti yang berlaku semasa Tsunami melanda Pulau Pinang, pekerja-pekerjalah yang terpaksa menanggung kesusahan itu.

Tuntutan Pekerja-pekerja Hotel Mutiara yang diberhentikan ini mudah sahaja, iaitu mereka diambil balik bekerja apabila hotel dibuka semula selepas 18 bulan. Sementara itu, pihak majikan bertanggungjawab untuk membayar gaji pokok pada pekerja sepanjang tempoh pemberhentian kerja.

Para pekerja Hotel Mutiara akan terus berjuang supaya tuntutan mereka ditunaikan oleh majikan. Mereka akan terus dengan tindakan piket dan berunding dengan pihak majikan.

Perjuangan pekerja Hotel Mutiara amat penting. Sekiranya pihak majikan Hotel berjaya melepaskan diri kali ini, akan membuka satu peluang untuk majikan-majikan hotel yang lain supaya mengguna taktik yang sama untuk menindas pekerja. Hanya dengan pekerja yang bersatu, kemenangan dapat tercapai dan tuntutan menjadi kenyataan.

Hidup Pekerja!

Thursday, March 16, 2006

Misconduct of RELA




According to a news report in Oriental Daily on 13 March, RELA threatened to throw stones and sands towards reporters, during a raid on migrant workers.

The raid was taken place at construction at Jln Kelawai, besides Gurney Hotel, at around 1.30 am on 12 March. During the raid, RELA members stopped the reporters from taking photos and scolded them. RELA also threatened to arrests them. The RELA officer in-charge present at the scene, Ismail, was not stopping his subordinates to do so; he even went to pick up hard object and threatened to throw to reporters.

3 immigration officers and around 80 RELA members were took part in the raid. More than 120 migrant workers were being checked and around 50 were arrested.

Later, Oriental Daily on 14 March reportedPenang State Director of RELA apologized for the misconduct of RELA officers. He said the raid operations are confidential and anyone else supposed don’t know about the location and time of the operation. He said after the incident on 12 March, RELA will be seriously looking into the issues of discipline and conduct of RELA members.

Saturday, March 11, 2006

Protes... Protes... Lagi...

Harga minyak naik 30 sen, inflasi tak habis-habisan, protes pun tak habis-habisan...

Lebih ramai daripada minggu lepas...

Keuntungan PETRONAS untung siapa?


Mana ada untung cukup untuk kapitalis?

Rakyat menolak dasar menekan rakyat...
Jurugambar "undangan khas"... Style Banyak!

Semua orang pun susah......

Minyak Naik... U kena fight for your right!


Kain rentang suara hati rakyat jelata...


Lepas demo, kena makan dulu sebelum balik... makanan sumbangan Food Not Bombs Pulau pinang.

Satu lagi protes membantah kenaikan harga minyak diadakan pada hari Sabtu, 11 Mac, di Plaza Tol Kubang Semang. Lebih kurang 300 orang hadir dalam perhimpunan ini.


Saturday, March 04, 2006

More protests...

Jangan gadaikan masa depan kita...

Seperti Biasa... ... SB... ...

Ini wajah kapitalis menghisap darah kita...




Angin kami sudah naik!










Satu lagi protes membantah kenaikan harga minyak diadakan di tol Kubang Semang, Butterwoth-Kulim Expressway (BKE), dari 5 petang sampai 6.30 petang. Lebih kurang 200 orang menyertai protes di tepi lebuhraya ini.

Suasana memang panas... ada ucapan yang hangat, ada nyanyian yang bersemangat...

Satu lagi perhimpunan yang sama akan diadakan lagi pada minggu depan, tempat yang sama, masa yang sama. Jumpa lagi minggu depan...

Protes Membantah Kenaikan Harga Minyak di Pulau Pinang

Oi... Macam tu kah rakyat Malaysia akan jadi?

Sebelah kanan: "Petronas untung sampai gila, rakyat terus hidup merana!"; Sebelah kiri:(dalam Bahasa Tionghua)"Petronas untung besar sampai menjadi gila, rakyat pergi makan angin barat laut (maksudnya rakyat apa-apa pun tak dapat, malah perlu menanggung kesuasahan)"

Aiyo... sampai bila Kerajaan BN nak paksa rakyat sampai bunuh diri dengan pam minyak?

Kenaikan harga minyak mengemukkan kroni!

Harga minyak naik, semua ni susah!


Kita bantah kenaikan harga minyak dan penganiayaan terhadap rakyat!

Naik bas pun susah!

BK Ong dari SOS

Lau dari Parti Keadilan Rakyat

DAP juga datang

Chow dari DAP

jurugambar dari SB (Siput Babi???)

Ini polis kah? Atau pengawal untuk Petronas?

SB-SB sekalian yang rajin bekerja...

Tangkap (gambar) betul-betul...

Satu demontrasi jalanan membantah kenaikan harga minyak telah diadakan pada hari ini di hadapan Kompleks Tun Abdul Razak (KOMTAR). Kenaikan harga minyak (petrol, diesel dan gas cecair) sebanyak 30 sen telah mengejutkan rakyat Malaysia.

Sementara keuntungan Petronas berlipat ganda apabila harga minyak mentah sedunia melambung naik, beban tanggungan rakyat pula berlipat ganda juga. Protes daripada rakyat tidak akan berhenti, selagi penganiayaan oleh kerajaan ke atas golongan pekerja dan yang miskin masih berterusan.

Satu protes yang disertai oleh lebih 2000 orang telah diadakan di KLCC, Kuala lumpur semalam. Dan hari ini, Pulau Pinang pula digegarkan dengan laungan bantahan terhadap kenaikan harga minyak. Walaupun bilangan peserta yang mengambil bahagian dalam protes hari ini amat kurang (lebih kurang 40), tetapi mereka yang lalu-lalang di situ menunjukkan reaksi yang agak positif.

Jika kerajaan tidak mendengar seruan rakyat, dan terus berdegil dengan melaksanakan dasar-dasar yang menindas rakayat yang miskin. Protes begini akan berterusan.

Di bawah ialah kenyataan oleh Suaram yang dikeluarkan semalam:

3 March 2006

Press statement:

Fuel Hike Unjust, Make Petronas Accounts Public

Suaram deplores the fuel price hike by the government recently with petrol, diesel and liquefied petroleum gas (LPG) all increased by a sharp 30 sen, from RM1.62 to RM1.92 per litre, RM1.281 to RM1.581 per litre and RM1.45 to RM1.75 per kg respectively.

This latest price hike made the petrol 40.1 percent and the diesel 102.4 percent more expensive than they were in a period of less than two years.

The fuel prices hike will undoubtedly lead to the increased cost of other goods and services and this eventually will bring about prices hike in everything and lead to high inflation. The lower income groups in the country are already feeling the pains of the inflation and they are surely going to be the worst to be hit.

Suaram agrees in principle that fuel consumption should be decreased gradually in view of the deteriorating global warming and destruction of environment. However, Suaram questions the flawed distributive justice of the gains and the losses to various social groups in the government decision of the fuel price hikes.

The government has argued that the price hike was due to the global rise in fuel prices. While this is true, it is also a matter of fact that the national oil company, Petronas, has also benefited from the global fuel price hike which saw its profit increased by about 50%, from RM37.44 billion in the financial year ending of 2004 to RM58.03 billion in the financial year ending of 2005. Why has not the increased profit of RM20.59 billion by the Petronas used to cover the RM4.4 billion subsidy that the government will save from the price hikes? If the government is genuinely serious about setting up a fund to improve public transport system, why not retrieve it from the RM20.59 billion increased profit of Petronas? Why instead did the government choose to further burden the people and leave the profits of Petronas untouched?

Furthermore, we have seen in the past how billions ringgit from Petronas has been used by the government to bail out ailing companies of its cronies and built white-elephant projects such as the Formula 1 circuit, Putrajaya and etc that eventually only benefited the rich and the famous and a small group of cronies closed to the government that have easy access to these mega projects. Clearly, the fund of Petronas has not benefited the people at large and the fuel prices hikes will further exacerbate the gap between the rich and the poor.

The accounts of Petronas have long been shrouded in secrecy. Suaram calls on the Prime Minister Abdullah Ahmad Badawi to open the books of Petronas for public scrutiny as one of his major steps to fight massive corruption in the government. Only by doing this that the government can convince the rakyat that it has done its best with the national oil wealth of the country in benefiting the rakyat. Only in this circumstances that the people would be able to judge if the fuel price hikes by the government are reasonable or justified. Without transparency and accountability in Petronas, and based on the track record of Petronas, it would seem that Petronas is only benefiting the rich while gaining from the rest of us.

Yap Swee Seng

Executive Director

SUARA RAKYAT MALAYSIA

Address: 433A, Jalan 5/46, Gasing Indah, 46000 Petaling Jaya, Selangor, Malaysia.

Telephone: +6 03 7784 3525 Fax: +6 03 7784 3526

Email: suaram@suaram.net Web: www.suaram.net


Anda juga boleh membaca laporan dari laman web MALVU.